Geng-geng

Tuesday 30 October 2012

7 Hotel Terbaik Di Penang




Shangri-La's Rasa Sayang Resort and Spa Penang
Category: Hotel
Type: 5 Star
Country: Malaysia
State: Penang
Locality: Batu Ferringhi
Recent Price *: MYR 827




Golden Sands Resort Penang
Category: Hotel
Type: 4 Star
Country: Malaysia
State: Penang
Locality: Batu Ferringhi
Recent Price *: MYR 459




The Summit Hotel Bukit Mertajam
Category: Hotel
Type: 3 Star
Country: Malaysia
State: Penang
Locality: Bukit Mertajam
Recent Price *: MYR 114




Eastin Hotel Penang
Category: Hotel
Type: 5 Star
Country: Malaysia
State: Penang
Locality: Bayan Lepas
Recent Price *: MYR 180




Hard Rock Hotel Penang
Category: Hotel
Type: 4 Star
Country: Malaysia
State: Penang
Locality: Batu Ferringhi
Recent Price *: MYR 422




Flamingo By The Beach Hotel Penang
Category: Hotel
Type: 4 Star
Country: Malaysia
State: Penang
Locality: Tanjung Bungah
Recent Price *: MYR 177




B Suite Penang
Category: Hotel
Type: 3 Star
Country: Malaysia
State: Penang
Locality: Bayan Lepas
Recent Price *: MYR 143

p/s: Harga boleh berubah dari semasa ke semasa...harga di atas hanya anggaran sahaja*
(lebih kurang je)

----> Hotel banyak lagi di Penang ni... di atas hanya beberapa sahaja..

8 TEMPAT WAJIB BILA KUNJUNGI PULAU PINANG


Assalamualaikum dan salam melawat Penang

Sudah lama GMMS menyepi, sekejap ada sekejap takde. Sibuk dengan hal dunia membuatkan blog ini sedikit terabai tapi takpela janji dia masih bernyawa. Okey, apabila melihat dan membaca tajuk 8 TEMPAT WAJIB BILA KUNJUNGI PULAU PINANG kat atas dalam hati, sudah tentu kalian akan imbas kembali memori suasana percutian ketika berada di Pulau Pinang suatu tika dulu. Sememangnya ia menyeronokkan dan mengujakan!

Tanpa membazirkan dakwat elektronik ini, aku senaraikan 8 TEMPAT WAJIB BILA KUNJUNGI PULAU PINANG. Semoga kalian mengiyakan dan menggangguk serta bersetuju dengan tempat-tempat tersebut.


1.Jambatan Pulau Pinang



Jambatan ini adalah nadi kepada Pulau Pinang. Sinilah segala pintu keindahan Pulau Pinang akan bermula dari sini. Jambatan yang pernah disenaraikan antara yang terpanjang di dunia--13.5km, sememangnya menawarkan satu lokasi yang mengujakan. Untuk mengetahui apakah keistimewaan tersebut, silalah merakam foto jambatan ini ketika waktu senja atau awal pagi. SubhanaAllah pasti akan terucap di bibir kalian.

Cara untuk ke sana: Sila naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 704 dari Komtar

2.Bukit Bendera



Bukit Bendera yang terletak 380 meter di atas paras laut telah mewujudkan stesen keretapi yang pertama di kawasan bukit. Stesen keretapi ini adalah klasik kerana telah beroperasi sejak tahun 1922 lagi. Kalian boleh naik ke puncak Bukit Bendera ini dengan menggunakan keretapi itu atau merentas kawasan hutan secara berkumpulan. Atas puncak bukit ini, kalian dapat melihat keindahan bandar Pulau Pinang. Bayaran masuk ke bukit Bendera ini dikatakan berharga RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Jadi ini adalah satu pengalaman percutian yang menarik untuk dilakukan bersama seisi keluarga.

Cara untuk ke sana: Dari Jeti, Komtar, dan Lebuh Chulia, sila naiki bas Rapid Pulau Pinang No. U204, bas ini akan membawa anda terus ke Bukit Bendera. Anda juga boleh mengambil teksi dengan tambang sebanyak RM20 sehala.


3. Taman Rama-rama Pulau Pinang di Teluk Bahang




Ketahuilah yang taman ini diiktiraf sebagai Santuari Rama-rama dan Serangga Tropikal yang pertama di dunia. Barang world class la katakan. Taman ini mengandungi ribuan rama-rama yang mempunyai 50 spesies yang berbeza. Tempat ini juga menempatkan kala jengking, katak dan pelbagai jenis serangga. Bila sudah diklafikasikan sebagai taman rama-rama, sudah semestinya tempat penetasan rama-rama, makmal, ruang pameran dan kedai cenderamata diwujudkan. Bayaran masuk dikenakan adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Bagi yang geli dengan rama-rama, face your fear. Rama-rama sungguh friendly dan mendamaikan hati bila ia singgah di tapak tangan kalian.

Cara untuk ke sana: Sila naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 101. 102. atau 501.


4.Tokong Kek Lok Si di Ayer Hitam



okong ini adalah tokong Buddha yang paling cantik di Asia Tenggara. Lokasi tokong ini di Ayer Hitam. Tokong ini juga dikenali sebagai Pagoda of Ten Thousand Buddhas. 20 tahun untuk diambil bagi membina dan menyiapkan tokong ini. Dalam tokong ini ada taman-taman yang indah, kolam kura-kura, skulptur unik serta makam. Free untuk melawat tokong ini.
*skulptur-seni patung

Cara untuk ke sana: Bergantung kepada di mana anda datang, anda boleh menaiki bas Rapid Pulau Pinang No. U201, U203, U204, U206, T306, dan U502. Teksi dari George Town adalah kira-kira RM20. Jika memandu, sila merujuk kepada papan tanda ke Air Itam. Setelah sampai ke Air Itam, anda boleh melihat papan tanda yang menunjukkan arah ke kuil.


5.Fort Cornwallis di Lebuh Light



Kubu ini dibina di kawasan pendaratan Francis Light pada tahun 1786. Jadi ini adalah peninggalan sejarah yang masih utuh. Kini, ia berfungsi sebagai tempat teater, galeri bersejarah dan kedai-kedai menjual hasil kraftangan. Ia juga menempatkan meriam bersejarah milik Belanda, yang dihadiahkan kepada Sultan Johor, yang sebelum itu pernah dicuri oleh penjajah Portugis. Kawasan ini boleh dilawati dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Bayaran masuk adalah RM1 untuk semua usia. Untuk mengenali sesebuah negera, lawatla tempat-tempat bersejarah kerna disitula segala maklumat dan fakta kelahiran negara tersebut dapat diketahui.

Cara untuk ke sana: Anda boleh ke sana dengan menaiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 103, 204, 502, atau, 10.

6. Masjid Terapung di Tanjung Bunga



Masjid yang bernilai RM 15 juta ini menampilkan seni bina yang unik hasil gabungan pengaruh rekaan tempatan dan Timur Tengah. Masjid ini juga dikenali sebagai Mutiara Timur, ini kerana rupa bentuk bentuk masjid yang kelihatan seperti mutiara. Masjid ini mampu menampung sekitar 1500 jemaah dalam satu masa. Masjid ini terletak di tepi pantai menghala ke Batu Ferringhi. Pengalaman penulis yang ingin lakukan dan kumpulkan ialah mengerjakan solat jumaat di setiap negeri yang mempunyai masjid yang menjadi identiti sesebuah negeri.

Cara untuk ke sana: Naiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 101 atau 102.


7. Taman Botanikal Pulau Pinang



Taman yang seluas 30 hektar ini menempatkan pelbagai tumbuhan tropika yang terdapat di Pulau Pinang. Malah ada air terjun di kawasan tersebut. Jadi ketenangan dan kedamaian menjadi tarikan utama taman ini untuk kalian carikan sesuatu yang diberi nama iaitu semulajadi. Sejarah taman ini mengatakan penjajah British telah membuka taman tersebut pada tahun 1884. Taman ini dibuka pada 7 pagi hingga 7 malam dan menariknya taman ini FREE untuk dimasuki. Jadi jikalau ingin merawat mata setelah banyak menggunakan ia untuk urusan kerja atau berdepan dengan komputer untuk tempoh yang lama, sinila tempatnya.

Cara untuk ke sana: Anda boleh berjalan ke Taman Botanikal dari Pengkalan Weld, jika suka berjalan. Lintasi Pengkalan Weld melalui jambatan pejalan kaki, belok kiri dan jalan sehingga sampai ke simpang Gat Lebuh Chulia. Belok kanan dan berjalan sehingga anda tiba di Taman Botanikal. Jika tidak, cuma naiki Bas Rapid Pulau Pinang No.10 dari Pengkalan Weld atau Komtar ke Taman Botanikal.


8.Muzium Islam Pulau Pinang (Rumah Agam Syed Al-Attas) di Lebuh Armenia



Syed Al-Attas adalah insan yang membina muzium ini pada tahun 1860. Beliau adalah seorang pedagang lada dari Acheh. Reka bentuk bangunan ini menampilkan pengaruh seni bina India, Eropah dan Arab. Muzium ini mempamerkan sejarah dan perkembangan Islam di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di Malaysia sejak permulaan kedatangan agama Islam sehingga sekarang. Muzium ini juga dikatakan pernah menjadi pusat penyimpanan senjata ketika menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu satu ketika dahulu. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa, dari jam 9.30 pagi sehingga 6.00 petang. Jangan tanya kenapa hari Selasa ditutup. Bayaran masuk dikenakan RM3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak.

Cara untuk ke sana: Muzium Islam Pulau Pinang dapat dilawati dengan menaiki Bas Rapid Pulau Pinang No. 10, 301, 302, 307, 401, dan U502, turun di Lebuh Carnavon. Jalan sepanjang Lebuh Carnavon ke simpang Lebuh Acheh. Dalam jarak yang dekat, ke kiri, adalah Lebuh Armenian. Muzium Islam Pulau Pinang adalah di sebelah kiri simpang.

p/s : Tempat yang lain akan dimasukkan kemudian...* tq

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG





Tempat-tempat Menarik Di Penang

Botanical Gardens and Zoos

Botanical Garden

Butterfly Farm

Tropical Fruit Farm

Tropical Spice Garden

Famous Streets

Batu Ferringhi Sidewalk Bazaar

Historical Buildings

Cheong Fatt Tze Mansion

Fort Cornwallis

Khoo Kongsi

P. Ramlee's House

Pinang Peranakan Mansion

Sleeping Buddha Temple

Suffolk House

Syed Al-Attas Mansion
Islands

Pulau Jerejak

Monuments and Landmarks

Penang Chinese Town Hall

Queen Victoria Memorial Clock Tower

Museums and Art Galleries

Penang Museum Philomatic Society (Sun Yat Sen Memorial Centre)

Toy Museum

War Museum

National Parks

Penang National Park

Places of Worship

Ache Street Mosque

Floating Mosque

Kuan Yin Teng Temple

Tua Pheng Kong Temple

Ports/Ferries

Penang Bridge

Pulau Jerejak Ferry Terminal

Swettenham Pier

Tanjung City Marina Penang Port

The Clan Jetties of Penang

Rivers and Lakes

Telok Bahang Dam

Shopping Centers

Auto City Juru

Gurney Plaza Island Plaza

Komtar

Mega Mall

Midland Park Centre

Penang Time Square

Prangin Mall

Queensbay Mall

Sunshine Square

Sunway Carnival Mall

Tesco Extra Sungai Dua

Little India


:::Ada Pesta Pulau Pinang setiap hujung tahun.

p/s - kalau nak tau tempat-tempat di atas...carila kt google map. tq

Tuesday 23 October 2012

Umno dan DAP tidak sama tentang hudud

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, walaupun PAS dan DAP bertentangan hujjah mengenai hukum Hudud namun itu tidak bererti PAS dan DAP tidak boleh duduk semeja sekata dalam isu seperti menyelamatkan sistem kehakiman yang dikuasai tangan hitam, penyelewengan dalam pentadbiran, rasuah dan seumpamanya. Beliau menyifatkan pertelagahan mengenai hukum hudud dengan cadangan pelaksanaanya di Kelantan dan Trengganu hanya bersifat sementara kerana ia pasti ditangani bersama dengan lebih matang selepas dipersetujui dalam Pakatan Rakyat. "Adakah sama tidak setujunya DAP dan Umno terhadap pelaksanaan hukum Hudud oleh PAS di Kelantan dan Trengganu. Jawapannya pasti berlainan sebab Umno terdiri daripada orang melayu beragama Islam. "Namun apa pun tidak bererti DAP dan PAS tidak boleh duduk semeja untuk mendapatkan kata sepakat dalam isu lain seperti penyalah gunaan kuasa oleh kepimpinan Umno-BN dan sebagainya, " tegas beliau lantang.

4 tahun Pakatan tadbir S’ngor lebih baik daripada 55 tahun BN

198 Ketua Isi Rumah Mangsa Kebakaran Kampung Selamat Terima Bantuan

198 Ketua Isi Rumah Mangsa Kebakaran Kampung Selamat Terima Bantuan

Monday 22 October 2012

lihat n pikir....

Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari..sedih aku baca berita ni..korang klik link tu untuk baca berita penuh- http://rx.hu/Vshj