Geng-geng

Tuesday 23 October 2012

Umno dan DAP tidak sama tentang hudud

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, walaupun PAS dan DAP bertentangan hujjah mengenai hukum Hudud namun itu tidak bererti PAS dan DAP tidak boleh duduk semeja sekata dalam isu seperti menyelamatkan sistem kehakiman yang dikuasai tangan hitam, penyelewengan dalam pentadbiran, rasuah dan seumpamanya. Beliau menyifatkan pertelagahan mengenai hukum hudud dengan cadangan pelaksanaanya di Kelantan dan Trengganu hanya bersifat sementara kerana ia pasti ditangani bersama dengan lebih matang selepas dipersetujui dalam Pakatan Rakyat. "Adakah sama tidak setujunya DAP dan Umno terhadap pelaksanaan hukum Hudud oleh PAS di Kelantan dan Trengganu. Jawapannya pasti berlainan sebab Umno terdiri daripada orang melayu beragama Islam. "Namun apa pun tidak bererti DAP dan PAS tidak boleh duduk semeja untuk mendapatkan kata sepakat dalam isu lain seperti penyalah gunaan kuasa oleh kepimpinan Umno-BN dan sebagainya, " tegas beliau lantang.

No comments:

Post a Comment